PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
(RMC UMT – Research Management Centre)
Mulai 1 Januari 2010 Pejabat Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) telah diserapkan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Selaras dengan itu RMC dijenamakan semula dengan nama sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi atau dengan nama singkatan RMIC. Pusat ini diketuai oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Nora’aini Hj Ali dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Hii Yii Siang sebagai Timbalan Pengarah. Selain daripada itu, sebagai kelangsungan kepada penyerapan fungsi organisasi HEPI dan operasi penyelidikan universiti. Dengan penggabungan ini, sinergi kekuatan kakitangan RMIC telah bertambah menjadi seramai 28 orang selari dengan fungsi operasinya yang semakin diperkasakan.
Pengabungan ini adalah perancangan dan strategi pengurusan universiti untuk memperkukuhkan struktur operasi penyelidikan bagi mencapai visi dan misi penyelidikan UMT. Disamping berfungsi sebagai sekretariat pelaksana program pembangunan penyelidikan, RMIC juga dipertanggungjawabkan untuk merencana dasar-dasar dan strategi untuk mempertingkatkan tahap kecemerlangan penyelidikan dan inovasi universiti serta aktiviti-aktiviti pengkomersilan hasil-hasil penyelidikan.